APA ITU TELEKOMUNIKASI?
Hai Sahabat semua , pada sebelum ini saya telah memperkenalkan sinopsis pembelajaran Telekomunikasi Dan Rangkaian. Setelah saya masuk ke kuliah, didalam minggu pertama pembelajaran, pensyarah saya telah memperkenalkan pengenalan tentang telekomunikasi yang mana terdapat pembangunan-pembangunan teknologi telekomunikasi dan elemen asas komputer dan sistem telekomunikasi.
Apa Itu Telekomunikasi?
Ia adalah satu penyampaian, menyampaikan atau menukar fikiran, mesej, idea, pengetahuan atau maklumat melalui tanda dan bunyi seperti ucapan, isyarat, tulisan atau tingkah laku.
Gambar tersebut menunjukkan cara telekomunikasi sedang berjalan.
Terdapat 6 elemen proses telekomunikasi:
1- Sumber / Pengirim
2- Mesej.
3- Saluran.
4- Penerima.
5- Bunyi.
6-Maklumbalas
Manakala, terdapat 6 elemen asas komputer dan sistem telekomunikasi :
1- Orang / Manusia.
2- Prosedur.
3- Maklumat / Data.
4- Perkakasan.
5- Perisian
6- Komunikasi.
6 elemen ini adalah penting dalam rangkaian telekomunikasi. Saya juga bertelekomunikasi setiap hari melibatkan 6 elemen ini. Selepas mempelajari pengenalan ini, pensyarah saya akan menerangkan pula apa itu Data Telekomunikasi dan selanjutnya akan saya kongsikan untuk sahabat dan rakan diluar sana. Stay Tune.
Ulasan
Catat Ulasan