UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Assalammualaikum sahabat dan rakan-rakan sekalian.
Syukur kehadrat Ilahi saya telah ditawarkan bagi Kemasukan Pengajian Separuh Masa Tahun 2017 bagi Program Pengajian Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) di UTM Skudai, Johor.

Bagi semester pertama ini, salah satu subjek pelajaran yang perlu diambil oleh saya adalah SPPM 1013 iaitu Telekomunikasi Dan Rangkaian. Pensyarah yang mengajar saya adalah Prof. Madya Dr. Noraffandy Yahaya, beliau seorang Prof. yang amat berpengetahuan luas dalam pelbagai bidang.

Kursus ini akan mendedahkan pelajar kepada teknologi dan peranti untuk rangkaian komputer dan akses internet dan aplikasi. Ia akan meliputi asas-asas komunikasi data, kemudahan telekomunikasi dan topologi rangkaian. Pelajar akan diperkenalkan kepada dunia internet teknologi dan aplikasinya dan isu sosial dan etika yang berkaitan dengan sumber web. Pada akhirnya, pelajar kursus harus dapat menunjukkan pemahaman mereka dengan menggunakan internet aplikasi untuk pembelajaran, dapat menilai sumber web, kesedaran tentang etika, sosial dan isu undang-undang yang berkaitan dengan sumber web. Pelajar juga harus menggunakan pelbagai aplikasi internet untuk pengajaran dan pembelajaran.

Setakat pengenalan ini sahaja saya dapat simpulkan. Saya akan menerangkan lebih terperinci tentang pembelajaran saya ini selepas ini. Gambar dibawah ini adalah saya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ETHICAL, SOCIAL AND LEGAL ISSUES

Jenis Penyambungan Kabel