ETHICAL, SOCIAL AND LEGAL ISSUES

Assalammualaikum semua. Sudah lama tidak berjumpa dan harap semuanya sihat. Selamat menduduki peperiksaan Rangkaian dan Telekomunikasi dan menjawab dengan baik. 😉

Pada hari ini, mari kita membincangkan tentang apa itu Copyright, Trademarks dan Patern dan beberapa Undang-Undang Siber di Malaysia.

Intellectual Property rights - Merujuk kepada ciptaan minda, karya kreatif asal dari pembuat, perisian, aplikasi, sistem, laman web dan lain-lain.

Hak Cipta - Adalah hak eksklusif yang diberikan kepada pemilik hak cipta untuk tempoh tertentu. Perlindungan hak cipta di Malaysia dikawal oleh Akta Hakcipta 1987.

Trademarks - Adalah tanda yang membezakan barangan dan perkhidmatan dari seseorang peniaga tertentu. Tanda termasuk perkataan, logo, gambar, nama, huruf, nombor dan gabungannya. Tanda dagangan ini digunakan sebagai alat pemasaran untuk membolehkan pelanggan mengenali produk seseorang peniaga tertentu.

Paterns - Adalah hak eksklusif yang diberikan untuk ciptaan, iaitu produk atau proses yang menyediakan cara baru untuk melakukan sesuatu atau menawarkan penyelesaian teknikal baru kepada masalah.

Undang-Undang Siber di Malaysia.

1. Akta Tandatangan Digital 1997.
2. Akta Jenayah Komputer 1997.
3. Akta Hakcipta (Pindaan) 1997.
4. Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
5. Akta Aktiviti Kerajaan Elektronik 2007.


















Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jenis Penyambungan Kabel

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA